STR Fasa 3 : Jadual Bayaran Bantuan Dikreditkan Mengikut Bank

JADUAL & MASA BAYARAN STR FASA 3

STR Fasa 3 : Jadual & Tarikh Bayaran Bantuan Dikreditkan Mengikut Bank. Bayaran bantuan STR Fasa 3 akan dibuat lebih awal kepada penerima yang menggunakan platform BSN, manakala penerima yang menggunakan institusi perbankan lain akan menerima bayaran kemudian.

Penerima Bayaran Fasa 3 ialah orang-orang yang sudah mendapat Fasa 1 & 2 dan tiada rekod kematian mereka dan pasangan sehingga 28 Februari, berdasarkan LHDN.

Permohonan baharu atau kemaskini STR boleh dibuat oleh penerima STR yang layak dan bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2. Mereka akan dibayar pada Fasa 3.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan, akan mengumumkan secara berperingkat mengenai bayaran Fasa 3. Ini adalah pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Dalam pengumumannya baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempercepatkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang sepatutnya dibuat pada awal Julai 2023. STR adalah bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan B40 yang berpendapatan rendah. Lebih 8 juta penerima yang layak akan menerima STR Fasa 3 sebelum Hari Raya Aidiladha 2023. Ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat akibat kos sara hidup yang semakin tinggi.

SEMAKAN STATUS STR

  • Mulai 26 Jun 2023, anda boleh menyemak status pembayaran STR anda.
  • Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

Baca Juga:

KATEGORI & AMAUN BAYARAN STR FASA 3

Untuk STR Fasa 3, jumlah pembayaran yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

STR Fasa 3 : Jadual

STR Fasa 3 : Jadual

KATEGORI KELAYAKAN STR

Bagi STR, kategori yang layak menerima bantuan adalah mereka yang tinggal seorang diri, sama ada warga emas tanpa pasangan atau bujang.

Data BKM 2022 merangkumi penerima STR Fasa 1. Jika anda belum menerima bantuan ini dan ingin memohon, sila tunggu sehingga permohonan baru dibuka kelak.

JADUAL & MASA BAYARAN STR FASA 3

STR Fasa 3 : Jadual

MAKLUMAT LANJUT JADUAL BAYARAN STR

Anda perlu mengingati kata laluan anda dan menjawab soalan keselamatan dengan betul. Jika tidak, ID MySTR anda akan terkunci selepas tiga percubaan yang salah. Anda hanya boleh mencuba semula selepas tempoh 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/